PRIHATIN: Pekerja Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah RM600 Sebulan

KERAJAAN akan menyediakan subsidi upah RM600 sebulan selama tiga bulan kepada pekerja dengan gaji bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan 50 peratus sejak 1 Januari lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majikan mesti memastikan mereka tidak memberhentikan pekerja atau mengarahkan kakitangan mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program itu dilaksanakan.

Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada pekerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta pekerja dengan peruntukan RM5.9 bilion.

Dalam erti lain, bantuan ubsidi upah RM600 sebulan sebenarnya adalah untuk meringankan bebab majikan menanggung gaji pekerja. Majikan boleh mohon untuk ‘topupkan’ gaji pekerja.

Sebagai contohnya, gaji anda RM2,000 sebulan. Menerusi bantuan ini, majikan hanya perlu membayar RM1,400 dan selebihnya RM600 akan dibayar oleh Kerajaan. Ini bermakna, pekerja masih lagi dapat gaji yang sama.

Bagaimanapun, majikan yang mampu membayar gaji penuh pekerja seperti biasa boleh tidak memohon bantuan itu. Untuk ketahui lebih lanjut, pekerja boleh semak dengan bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HR) syarikat masing-masi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Bernama

Be the first to comment on "PRIHATIN: Pekerja Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah RM600 Sebulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*