Silap Haribulan Kluster Wartawan Pula Yang Muncul

GAMBAR bercerita. Saban minggu mengadap Menteri Kanan (Keselamatan) dan Ketua Pengarah Kesihatan dalam sidang akhbar perkembangan kes C0VID-19, pun masih cua1.

Tengoklah, apa sudah jadi? Boleh pula pihak media berdiri rapat-rapat untuk merakamkan penjarakan sosial sekumpulan jemaah yang mendengar khutbah solat Jumaat di Masjid Negara hari ini.

Bab jemaah yang menunaikan solat Jumaat yang pertama sejak lapan minggu dit4ngguh ak1bat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu sudah betul Prosedur Operasi Standard (SOP).

Tapi bab pihak media kena peka lah. Takkanlah SOP pun masih tak faham-faham.

Jangan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Jangan hanya tahu memberi nasihat dan melaporkan orang ramai mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta penjarakan sosial tetapi diri sendiri tidak ikut peraturan.

Silap haribulan kita ada pula kluster baharu – kluster media atau wartawan. – SM

SEMENTARA itu, kes positif baharu C0vid-19 hari ini mencatatkan dua angka iaitu 36 menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan sebanyak 6,855 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 28 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Sehingga kini, seramai 14 kes positif C0vid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, lima kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian C0vid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Noor Hisham memaklumkan, terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari C0vid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,439 kes atau 79.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ujarnya, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, tiada kes kemat1an berkaitan C0vid-19 setakat ini.

Justeru beliau berkata, jumlah kumulatif kes kemat1an C0vid-19 di Malaysia kekal sebanyak 112 kes atau 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @cappucinnolatte

Sumber: SM, MalaysiaGazette, KKM Twitter

Be the first to comment on "Silap Haribulan Kluster Wartawan Pula Yang Muncul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*