‘Duit Dalam Poket Cuma Tinggal RM30…’

TUMPAT – Tiada siapa yang tahu, duit poket hanya tinggal RM30 dan dengan duit itulah seorang bapa berjimat cermat menyara diri bersama anak dan juga ibunya di sini.

Itulah luahan Suddin Harun, 58, seorang penebang pokok apabila duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 berbaki RM30, selepas membayar sewa rumah RM250 dan sedikit belanja untuk ibunya sedang uzur serta seorang anak masih bersekolah.

Suddin berkata, sebelum ini dia tidak begitu terkesan dengan perbelanjaan harian kerana tenaga lelakinya masih gagah memanjat, mengambil upah menebang pokok.

Namun sekarang, dia tidak lagi boleh memanjat dari satu pokok ke satu pokok sehebat seperti ‘Spiderman’ kerana tul4ng bahunya sudah p4tah ak1bat kem4langan jalan raya beberapa tahun lalu.

“Saya tidak pernah mengadu. Duit hanya ada RM30, apa yang boleh saya buat guna sebaik mungkin supaya kami tiga beranak t1dak berlapar. Saya fikir ada yang lagi susah dari kami,” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Pasir Pekan Hilir di sini semalam.

Terdahulu dia menerima sumbangan makanan daripada Group Gatih Amal (GGA) yang disampaikan oleh Pengerusinya, Sarjan Major Abd Halim Shafai yang juga Ketua Polis Balai Wakaf Bharu.

Suddin juga memberitahu, jika sebelum ini dia pernah mendapat upah sekitar RM10 hingga RM100 sehari dan itu sangat membantunya menguruskan keperluan ibunya, Rogayah Ibrahim, 80, yang sak1t lel4h serta menghadap1 m4salah pengl1hatan.

Selain duit, dia juga pernah mendapat gula dan bihun sebagai upah menebang pokok, jika mendapat RM100 ia perlu dibahagikan dengan pembantu lain kerana dirinya tidak mampu memanjat lagi seperti dahulu.

Tambahnya, keadaan lebih rum1t apabila berlakunya Per1ntah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pendapatannya secara keseluruhan terjej4s dan mengharapkan duit bantuan JKM.

“Kami pernah dapat sumbangan daripada penghulu musim PKP. Sekarang pun saya lega biarpun duit habis tetapi emak dapat melihat semula selepas menjalani pembed4han menukar man1k m4ta dengan selamat beberapa hari lalu.

“Jika tidak saya sendiri pun susah untuk keluar rumah kerana emak pernah terj4tuh, p4tah tul4ng, terl4nggar barang di rumah disebabkan t1dak dapat melihat. Saya kena tunggu anak (Mohd Aikmal,16) balik sekolah barulah boleh keluar kerja,” katanya.

Sementara itu, Abd Halim berkata, sejak PKP dilaksanakan kumpulannya bergiat aktif turun padang menyelam1 kesusahan masyarakat dengan menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada 200 buah rumah sekitar negeri ini.

“Sudah enam fasa kami membuat serahan. Ini adalah hasil sumbangan duit seramai 151 ahli. Kami mengambil in1siatif untuk sama-sama menceriakan keluarga yang memerlukan apatah lagi mahu menyambut raya dalam suasana PKP,” katanya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @cappucinnolatte

Sumber :Sinar Harian

Be the first to comment on "‘Duit Dalam Poket Cuma Tinggal RM30…’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*