“Ayah Peluk Dan Cium Mulut Anak..,” Netizen Kongsi Masih Ada Anak Perempuan Remaja Tidur Bersama Bapa

Sebahagian daripada kita pastinya mempunyai hubungan yang terlampau erat bersama dengan ahli keluarga. Kadang kala itu, boleh dilihat cara layanan dan gurauan itu seakan pasangan kekasih.

Walhal sebenarnya pertaliannya yang sebenar adalah adik dan kakak, ayah dan anak, abang dan adik perempuan dan sebagainya. Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Akhi Fairuz Al-Jengkawi, terdapat kes di mana ayah serta anak perempuannya yang sudah besar pun masih tidur bersama-sama sehingga batas antara anak perempuan dan seorang bapa tidak diendahkan.

Menurutnya, walaupun pertalian mereka itu tidak mengharamkan mereka bersentuhan, namun perlu ada batasnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Bila saya berkongsi kisah abang peluk adik perempuan masa tidur (dah besar), dapatlah pula kisah begini di ruangan komen.

Ni kes ayah peluk dan cium mulut anak perempuan yang dah besar pula. Dan satu lagi kes anak perempuan umur 20 tahun tidur bersama mak dan ayah.

Astaghfirullah.

Bapak dan anak perempuan kena ada batasnya. Bukan semua benda yang dibuat masa kecil boleh dilakukan ketika anak remaja, akil baligh, apatah lagi bila dewasa.

Sekadar peluk tanda rindu sayang, cium dahi, cium tangan, cium pipi, oklah lagi. Tapi kalau macam ni, hadui.

Bila hal macam ni berlaku (nauzubillah), isterilah kena berperanan. Jangan diamkan sahaja.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cappucinnolatte

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Be the first to comment on "“Ayah Peluk Dan Cium Mulut Anak..,” Netizen Kongsi Masih Ada Anak Perempuan Remaja Tidur Bersama Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*