Drama Popular Insan Terpilih Adalah Kisah Benar. Ini Fakta Tentang ‘Hussien Gila’ Sehingga Akhir Hayatnya

BARU-BARU ini sebuah telefilem berjudul Insan Terpilih disiarkan di TV3 yang mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Firdaus lakonan Syazwan Zulkifly cukup menyentuh perasaan penonton sehingga menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Ramai terkesan dengan lakonan Syazwan sebagai seorang lelaki kurang siuman, selain berasa kasihan dengan kisah hidup lelaki itu yang sering dih1na penduduk kampung kerana fizikalnya yang kotor dan berbau bvsuk.

Bagaimanapun watak tersebut dikatakan berdasarkan kisah sebenar mengenai seorang lelaki bernama Husein atau lebih dikenali sebagai Husein Si Orang G1la yang menjadi sering diperkatakan dalam kalangan penduduk di Klang, Selangor.

Sehingga ke hari ini jemaah tetap mendoakan Husein dan merindui kehadirannya di surau. 

Kematian yang dicemburui, ketika dimandikan sifat sebenar Husein ditunjukkan Allah

Sehingga hari ini nama Husein menjadi sebutan walaupun lelaki itu sudah meninggal dunia dan kematiannya sangat dirasai.

Malah ketika jen4zahnya dimandikan, tiga tukang mandi jen4zah bertukar kerana tidak sanggup akibat menggigil, menangis serta sebak melihat Allahyarham.

Bukan kerana rasa geli atau takut, sebaliknya terpukau dengan wajahnya yang dulu hitam berdaki kini berseri-seri, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja.

“Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah pakai. Allahuakbar! Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia kurang siuman, tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk.

“Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat sebenar Allahyarham. Seminggu surau sunyi sepi, sebulan juga silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein.

Bayangkan 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein,” cerita jemaah surau.

Lakonan Syazwan dalam Insan Terpilih cukup menyentuh perasaan.

Husein cuci lantai guna berus gigi, kutip butiran nasi untuk semut

Siapa sebenarnya Husein? Seperti diceritakan oleh salah seorang jemaah sebuah surau, Husein sering ada di surau itu bagi membantu mengutip sampah di atas karpet dan menyimpannya dalam poketnya.

Walaupun pernah diberikan penyapu untuk memudahkan kerjanya, namun Husein tetap mahu mengutip sampah menggunakan tangan kerana ingin mengutip pahala berganda daripada Allah.

“Katanya rugilah dirinya sekiranya pakai penyapu kerana kalau kutip guna tangan 10 kali ganda Allah beri pahala kepadanya,” ujarnya.

Kehadiran Husein sangat dirasai oleh jemaah surau berkenaan sehingga kehilangannya secara tiba-tiba menimbulkan pertanyaan.

“Patutlah dah lama tak nampak Husein, rupa-rupanya di dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dia digelar Husein Gila sebab dari zahirnya kita lihat di tak seperti orang biasa atau normal.

Rugilah kalau aku pakai penyapu, kalau satu aku kutip guna tangan… 10 kali ganda Allah berikan pahala kepada aku.

HUSEIN

Tidak hanya mengutip sampah, Husein juga ringan tulang mencuci bilik air surau menggunakan berus giginya sendiri.

Kata jemaah itu, Husein akan memberus lantai, dinding bilik air dengan bersungguh-sungguh sehinggakan satu bilik air tidak siap dicuci kerana dia menggunakan berus gigi.

Tidak cukup dengan itu, jemaah itu memberitahu antara sikap mulia Husein apabila dia sering mengutip butiran nasi sebelum diletakkan di  lantai untuk memberi makan kepada semut.

“Jika kami berikan dia berus menyental dia tetap tidak mahu dan ingin menggunakan berus giginya sendiri.

“Apabila ditanya, katanya rugilah kalau dia pakai berus lantai sebab sekejap dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap dan setiap waktu yang berlalu mencuci bilik air Allah akan berinya hadiah yang banyak.

Babak alunan azan dalam Insan Terpilih turut membuat penonton sebak. 

“Astaghfirullahalazim. Orang bagi duit dia tidak mahu kerana katanya dia ada tangan, ada kaki boleh jalan cari makanan orang buang, membazir berdosa. Dia tak perlukan duit. Dia beritahu hanya makan untuk hidup dan bersihkan surau… Subhanallah!,” cerita jemaah itu.

Terpegun kemerduan Husein laung azan, pernah belajar di sekolah pondok 

Pernah suatu hari, muazin surau lambat tiba untuk azan solat Maghrib dan Husein menawarkan diri untuk mengalunkan azan dan saat itu imam serta jemaah menitiskan air mata.

Mana tidaknya, azan yang dialunkan Husein cukup sempurna sehingga menimbulkan keinsafan dalam diri jemaah yang mendengarnya.

“Imam bertanya pada Husein “Pandai kau azan ya?” Jawabnya, “Memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. Allah tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh”… kemudian dia ketawa,” imbaunya lagi.

Menyingkap kisah sebenar tentang Husein, jemaah itu memberitahu lelaki itu sebenarnya seorang pelajar di sebuah sekolah pondok namun menjadi mangsa dera ibu tiri dan bapanya sehingga dia tertekan dan mula merayau tidak tentu arah.

Tambah jemaah itu lagi, kisah Husein boleh dijadikan iktibar kepada kita yang masih hidup dan mencari kesempurnaan di dunia persinggahan sementara ini.

“Allah pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita… Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat dan kepuraan zahir dan batin.

“Kisah Husein ini boleh kita ambil untuk muhasabah diri sendiri agar segera sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kepada Allah yang Haq,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @cappucinnolatte

Sumber : Koleksi Viral

1 Comment on "Drama Popular Insan Terpilih Adalah Kisah Benar. Ini Fakta Tentang ‘Hussien Gila’ Sehingga Akhir Hayatnya"

  1. Makuza Param | April 30, 2020 at 2:50 pm | Reply

    Saya PERNAH BACA kisah HAMBA Allah Saudara Hussein INI sebelum INI..ada someone post kisah dia fb…Dan Hari Ini SY DAPAT BACA kisahnya juga sekali Lagi..Hari NAK LAYAN kisah DIA pulak…SEMOGA ARWAH BERADA BERSAMA DENGAN PARA RASUL DAN NABI YG DISAYANGI..

Leave a comment

Your email address will not be published.


*