Aliff Syukri bersama Sajat dikatakan mel4nggar PKP lagi.

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dikecam sekali lagi oleh beberapa pengikut laman Instagram (IG) kerana memuat naik sebuah video bersama rakan baiknya, Nur Sajat di rumah semalam.

Menerusi rakaman yang dimuatnaik itu menunjukkan Aliff dan Sajat bersama-sama bermain Tik Tok.

“Tag kawan korang yang suka bergerak macam orang di belakang ni.. Secara Jujurnya saya juga turut bersedih ini hanyalah sekadar video untuk hiburan tak ada kena mengena yang hidup atau yang m4ti,” ulisnya sebagai kapsyen.

Beberapa pengikut IG telah mengecam tindakan Aliff dan Sajat yang dianggap tidak menuruti perintah kerajaan untuk kekal berada di rumah.

ADAKAH BENAR THROWBACK? ADAKAH ALIFF SYUKRI ‘KEBAL’ DARI UNDANG UNDANG?

Selain itu, ada segelintir netizen yang berpendapat alasan ‘throwback’ tidak boleh digunakan untuk kali ini.

“@me_ayuuu: Si belut letrik dengan si Sajat ni bebas berjumpa ke? Tak ikut arahan PKP ke macam mana eh? Macam tak best la.. Kita beriya duduk rumah ada lagi yang jumpa kawan-kawan. Macam tu baik tak payah PKP. Apa ni belut.. Kau tunjuk contoh tak baik la. Sengal.

“@nursya78: Dato, tiktok ucapan PM ni baru je popular tak sampai 2 minggu pun… Kita PKP dah 4 minggu dah pun..Kalau video ni ‘throwback’ sekalipun tetap dalam fasa PKP kan… Fasa 2 pulak tu..Tolong la. #stayathome pleaseeee.

“@fatin.vs.food: Sape yang tak duduk rumah ni?? Boleh pulak jalan-jalan jumpa. Tak payah la nak menipu kata gambar ‘throwback’ bagai. Sah-sah lagu tiktok PM tu release time PKP. Ni la orang-orang yang suka langgar arahan sesuka hati pastu menyusahkan orang!!

“@qh._.s: Acah ‘throwback’ kee macam time PKP je lah benda ni. Melawat rumah Sajat ke tu,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

VIDEO YANG DIJADIKAN KONTROVERSI PKP

Terdahulu, Aliff dikritik selepas memuat naik foto makan bersama anak-anak di kediaman ibunya, Rozita Ibrahim.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 28 April 2020, di seluruh negara.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @cappucinnolatte

Sumber : Kuantanviral

2 Comments on "Aliff Syukri bersama Sajat dikatakan mel4nggar PKP lagi."

  1. Shafiq Legend | April 20, 2020 at 11:59 am | Reply

    Tak Patut Semua ni

  2. Pelaq dia

Leave a comment

Your email address will not be published.


*