“Elfira dan Fazura memang cantik tanpa sebarang Make Up”- Netizen

Jika wajah tanpa sebarang makeup sudah kelihatan cantik, inikan pula bila sudah disolek. Makin cantik! Itulah antara pujian buat selebriti popular, Elfira Loy.

Meskipun, majlis akikah anak sulungnya sudah selesai namun Elfira tetap berkongsikan tips berguna buat pengikutnya mengenai dekorasi dan pelbagai perkara yang diperlukan ketika melangsungkan sebuah majlis.

Bagaimanapun, selain itu dua keping foto dikongsikannya ini turut mendapat perhatian ramai sehingga rakan selebriti juga meninggalkan pelbagai pujian.

Selain itu, dalam masa yang sekejap juga perkongsian foto ini meraih lebih 100,000 tanda suka daripada pengikut Elfira yang kini mencecah 4.7 juta!

Menerusi perkongsian itu juga, Elfira berkongsikan nama jurusolek selain berkata ia merupakan solekan wedding look.

Ternyata juga perkongsian foto daripada pelakon ini membuatkan rakan selebriti terkenal meninggalkan komen dengan memuji wajah Elfira yang kini juga sudah bergelar ibu.

Cantiknya Mommy

Fazura Elfira dua wanita cantik tanpa sebarang makeup

Elfira dan suami berkahwin pada awal tahun ini dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Elfira Loy via HCL

Be the first to comment on "“Elfira dan Fazura memang cantik tanpa sebarang Make Up”- Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*